fbpx

Dua lelaki bergaduh dalam bas ekspres ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar rakaman video tular memaparkan dua lelaki memukul seorang lelaki dipercayai pemandu bas di Larkin Sentral, Johor Bahru kelmarin.

JOHOR BAHRU – Dua lelaki yang terlibat dalam satu pergaduhan dengan seorang pemandu bas ekspres di Larkin Sentral, di sini ditahan polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, siasatan mendapati pergaduhan itu berlaku pada pukul 1.03 petang, kelmarin.

“Tangkapan telah dibuat terhadap kedua-dua individu yang terlibat dalam pergaduhan tersebut di dua lokasi berasingan iaitu di Dataran Larkin, di sini dan Alor Gajah, Melaka, malam semalam.

“Semakan mendapati kedua-dua suspek berusia 36 dan 40 tahun mempunyai rekod lampau bersabit kesalahan jenayah,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Raub berkata, punca pergaduhan adalah disebabkan mangsa didakwa bercakap kurang ajar dengan kedua-dua suspek yang juga sepupunya, menyebabkan mereka tidak berpuas hati dan memukul mangsa di lokasi kejadian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi 58 saat memaparkan dua lelaki memukul seorang lelaki dipercayai pemandu bas ekspres. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI