fbpx

Lelaki buta, anak dihalau keluarga lepas tukar agama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dimuat naik oleh Lembaga Zakat Selangor

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang buta sebelah mata akibat strok mendakwa dia dihalau dari rumah dalam keadaan sehelai sepinggang selepas tindakannya memeluk Islam diketahui ahli keluarganya.

Selain lelaki itu, turut diarah berbuat demikian adalah anaknya yang berusia 12 tahun.

Perkara itu didedahkan Skuad Saidina Umar (SSU) Lembaga Zakat Selangor ketika menyantuni mangsa yang baru sebulan bergelar mualaf.

“Dia juga menghidap masalah bengkak perut yang menyukarkannya mencari pekerjaan tetap kerana pergerakannya terbatas.

“Namun kecekalannya sangat kami kagumi, walau dengan kekurangan sebegitu dia masih kuat mencari rezeki bekerja di kedai mencuci kereta dan mengambil upah memasang wayar elektrik secara kecil-kecilan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Lembaga Zakat Selangor memaklumkan semua pakaian milik lelaki itu dirosakkan sebelum didakwa dihalau keluar dari rumah.

“Alhamdulillah pihak Zakat Selangor meluluskan sumbangan saguhati pengislaman kepadanya selain bantuan kecemasan tunai bagi kegunaan harian.

“Pihak kami bersyukur kerana ada insan yang baik hati menjelaskan satu bulan sewaan bilik buatnya di samping mendapatkan pekerjaan berhampiran bilik sewanya itu,” ujarnya.

Perkongsian itu turut mengingatkan umat Islam untuk terus saling membantu dan menyampaikan maklumat kepada pihak berwajib dalam usaha menyantuni para mustahiq.

Sebagai tanggungjawab bersama, inisiatif ini diharap dapat memberi inspirasi kepada masyarakat untuk terus menjalankan kewajipan sosial dalam membantu mereka yang memerlukan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI