fbpx

Bekalan beras dijamin mencukupi – Mohamad Sabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PONTIAN – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan bekalan beras putih negara masih mencukupi walaupun 6,000 hektar padi di Kedah dan Perlis ditenggelami air bulan lalu.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata, pada 2021 dan 2022, berlaku kemarau panjang di Kelantan yang menjejaskan jelapang padi di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada)

Walau bagaimanapun, Mohamad mengakui masalah bekalan beras antara yang paling besar namun kementeriannya mempunyai kaedah bagi memastikan ia mencukupi dan tidak menjejaskan rakyat.

“Tahun ini berlaku banjir luar jangka lebih awal bulan lalu ketika padi sedang menguning (masak) di Kedah menyebabkan petani tidak sempat menuai hasil.

“Insha-Allah bekalan beras kita masih mencukupi, apatah lagi India menawarkan tambahan import beras sebanyak 200,000 tan baru-baru ini,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pecah Tanah Tapak Agro Pelancongan dan perasmian Gerai Buah Segar Jermanpine di sini hari ini.

Menurut beliau, Malaysia turut mengimport beras dari Thailand dan Vietnam bagi memenuhi permintaan beras negara ini.

“Namun jika berlaku insiden luar jangka yang menganggu keterjaminan makanan termasuk beras, kita ada perjanjian dan rundingan dengan beberapa negara bagi memastikan bekalan sentiasa mencukupi,” ujarnya.

Pada 30 September lalu, banjir yang melanda Kedah dan Perlis menyebabkan kira-kira 6,000 hektar sawah padi menyebabkan kerugian sebanyak RM40 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI