fbpx

Bapa kandung, ibu tiri dera anak ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

BAGAN SERAI – Sepasang suami isteri telah direman selama lima hari kerana disyaki mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun di Taman Permai Ladang Kalumpang Bagan Serai, kelmarin

Ketua Polis Daerah Kerian,Superintendan Juna Yusoff berkata, pihaknya menerima aduan mengenai penderaan ke atas kanak-kanak lelaki tersebut kira-kira pukul 5.30 petang.

“Bertindak atas laporan, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian telah menahan seorang lelaki berusia 47 yang dipercayai bapa kandung kanak -kanak itu.

“Ibu tiri kanak-kanak itu berusia 33 tahun turut ditahan di sebuah rumah di Ladang Kalumpang bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Juna, mangsa telah dibawa ke Hospital Taiping untuk pemeriksaan dan rawatan.

Muhammad Amirul kini menjalani rawatan di Hospital Taiping.

“Doktor mengesahkan mangsa mengalami kecederaan luka dibahagian muka, dada, perut, kedua belah tangan, kaki dan peha akibat dipukul.

“Mangsa kini ditahan di Hospital Taiping dan dalam keadaan stabil,” ujarnya.

Juna berkata, polis turut merampas beberapa alatan yang dipercayai digunakan bagi mencederakan mangsa termasyk tiga botol air ketum.

“Kedua-dua suspek direman selama lima hari hingga 14 Oktober ini kes disiasat dibawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak -Kanak 2001 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI