fbpx

Bangkai ular sawa gulung dijual RM206

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail bangkai ular sawa dilipat dan digulung di Gorontalo. - Foto Istimewa

JAKARTA  – Bangkai seekor ular sawa sepanjang 8 meter yang digulung dan dilipat selepas mati dibunuh oleh penduduk kampung di Gorontalo, Indonesia dijual pada harga 750,000 rupiah (RM206), lapor portal berita detiknews.

Sebelum ini, reptilia itu ditemui oleh penduduk dengan perut membesar kerana baru  membaham seekor anak kambing milik penduduk tempatan.

Bangkai haiwan seberat 90 kilogram itu kemudian dijual oleh seorang penduduk tempatan dikenali sebagai Rahmat.

“Saya sudah jual ular ini. Berat ular ini ialah 90 kilogram.

“Pembeli ular ini bernama Ko, orang Gorontalo. Dia membeli ular ini pada harga 750 ribu rupiah,”  katanya.

Wang hasil jualan kemudian dibahagi-bahagikan kepada penduduk yang turut menangkap reptilia tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI