fbpx

Amarjit dilantik Presiden baharu PKBM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMARJIT dipilih sebagai Presiden baharu bagi menerajui PKBM untuk penggal 2023-2026.

KUALA LUMPUR – Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) menerima kepimpinan baharu selepas Datuk Amarjit Singh dipilih sebagai Presiden bagi penggal 2023-2026 mengetepikan cabaran Yunus Ibrahim dan Mazlan Md. Jail.

Amarjit yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) menang dengan keputusan 35-23 ke atas Yunus manakala Mazlan tidak menerima sebarang undi daripada perwakilan pada Mesyuarat Agung Khas (Pemilihan Presiden) semalam.

Keputusan itu menyaksikan beliau mengikut jejak langkah bapanya, Tan Sri Darshan Singh yang pernah menerajui PKBM pada 1988 hingga 1990 selepas menewaskan Tan Sri Elyas Omar.

Pemilihan tersebut bagaimanapun dianggap kontroversi memandangkan Mazlan yang merupakan pemangku Presiden menghantar surat pembatalan mesyuarat tersebut kepada semua ahli gabungan kerana dianggap bertentangan dengan Perlembagaan PKBM.

Bagaimanapun, mesyuarat itu diteruskan juga selepas EXCO PKBM sebulat suara bersetuju bahawa ia patuh kepada peruntukan perlembagaan badan induk sukan berbasikal Malaysia itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI