fbpx

‘Akak kalah dik’ – Elly Mazlein ucap tahniah pada Uyaina Arshad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Meski gagal mempertahankan trofi Pengacara TV Popular Anugerah Bintang Popular ke-36  (ABP36), artis versatil, Elly Mazlein tetap berlapang dada dan menerima kekalahan dengan hati terbuka.

Tidak melenting apatah lagi kecewa, Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 44,  tetap menitipkan ucapan tahniah buat pemenang tahun ini iaitu Uyaina Arshad.

“Akak kalah dik. Disebabkan akak kalah, akak order (pesan) ikan siakap tiga rasa.

“Tahniah untuk Uyaina. Terus hasilkan karya yang hebat.

“Tahniah juga kepada mereka yang kalah seperti Izzue Islam, Raja Azura, Anim Ezzati dan Elly Mazlein. Tahun depan cuba lagi okey,” katanya dalam sebuah video Instagram.

Sementara itu dala. ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen terhibur dengan video ucapan Elly yang dirakam di kedai makan.

Mereka juga memberikan kata-kata semangat untuknya agar tidak berputus asa dan teruskan memberi yang terbaik dalam bidang pengacaraan.

“Dalam tengah bersedih tetap ada kelakar. Apa-apa pun sentiasa bangga dan sentiasa sokong kamu,” komen salah seorang netizen.

Elly bagaimanapun tidak hadir ke malam anugerah yang diadakan di Auditorium MBSA kerana terlibat dengan sesi raptai konsert Kilauan Emas.

Tahun lalu Elly berjaya meraih anugerah pertamanya di ABP bagi kategori Pengacara TV Popular selepas 25 tahun bergelar anak seni. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI