fbpx

[VIDEO] Wanita Russia halang lalu lintas rupanya positif ganja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Seorang gelandangan wanita warga Russia dicekup selepas berkelakuan tidak senonoh dan menghalang lalu lintas di Jalan Setia Perdana Seksyen U13 Setia Alam di sini, kelmarin.

Suspek berusia 32 tahun yang juga positif delta-9 tetrahydrocannabinol (THC) atau ganja berkenaan ditahan selepas pihak menerima panggilan kira-kira pukul 4.50 petang.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, semasa polis tiba di lokasi kejadian telah mendapati wanita itu bersama seekor anjing miliknya dalam keadaan mabuk dan telah bertindak agresif ketika proses penangkapan.

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati wanita itu tiada pengenalan diri yang sah.

“Wanita itu telah datang ke negara ini sejak empat tahun lalu untuk melancong.

“Suspek kemudiannya gagal untuk pulang ke negara asal susulan pandemik Covid-19 selain tidak mempunyai simpanan wang secukupnya untuk pulang ke Rusia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, susulan itu suspek telah gelandangan dan semakan mendapati wanita itu tiada rekod jenayah.

Tambah Mohd. Iqbal, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis THC.

“Suspek kini direman selama 14 hari sehingga 22 Oktober ini sementara anjingnya telah telah diserahkan ke pihak Majlis Bandaraya Shah Alam untuk tindakan lanjut,” katanya.

Kata beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen dan mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Mohammad Shamsul Md. Salleh di talian 017-5453234. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI