fbpx

Wanita didakwa terima deposit tanpa lesen sah lebih RM70,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lai Yoong (tengah) ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen hari ini. Foto oleh SYAKIR RADIN/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Seorang wanita didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima deposit lebih RM70,000 daripada seorang wanita tanpa lesen sah berhubung satu pelaburan yang tidak wujud.

Bagaimanapun tertuduh Sum Lai Yoong, 53, yang merupakan pengurus tokong itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Azrul Darus.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa menerima deposit daripada seorang wanita, berjumlah RM70,589.79 tanpa lesen sah, yang diberikan di bawah Seksyen 10 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah pusat beli belah di Taman Mutiara Barat di sini, antara 12 Januari dan 6 Mac lalu.

Justeru pertuduhan dikemukakan Seksyen 137 (1) dan boleh dihukum bawah Seksyen 137 (2) akta sama, membawa hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau didenda tidak melebihi RM50 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, R.Harvind mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, peguam, Luqman Zainal yang mewakili tertuduh, merayu jumlah jaminan dikurangkan dengan alasan anak guamnya perlu menyara ibu yang sakit.

Selepas mendengar makluman dan permohonan daripada kedua-dua pihak, Hakim Azrul membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000.

Tarikh 13 November ini ditetapkan sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI