fbpx

Wang ASB, Tabung Haji RM103,517 lesap ditipu ‘pegawai insurans’ dan ‘polis’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUANTAN – Seorang suri rumah berputih mata apabila wang simpanan Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Tabung Haji miliknya berjumlah RM103,517.59 lesap selepas dia terperdaya dengan scammer yang menyamar sebagai pegawai insurans dan pegawai polis.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kejadian di Raub itu bermula pada 15 September lalu selepas mangsa yang merupakan wanita berumur 54 tahun menerima panggilan telefon daripada individu menyamar sebagai pihak insurans yang mendakwa mangsa terlibat dengan permohonan insurans palsu.

“Panggilan telefon tersebut kemudiannya disambungkan kepada pegawai polis yang mengatakan bahawa mangsa juga terlibat dengan rasuah dan penggubahan wang haram dan akan disenarai hitam.

“Suspek yang menyamar sebagai pegawai polis juga menyatakan waran tangkap juga akan dikeluarkan terhadap mangsa,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya mangsa kemudiannya diarahkan untuk menukar kad ATM baharu dan menyerahkan maklumat perbankan dan mangsa juga diarahkan memindahkan wang simpanan dari akaun ASB dan Tabung Haji ke akaun tersebut.

Katanya susulan itu semalam mangsa telah membuat semakan di bank dan mendapati wang dalam akaunnya lesap sehingga mengalami kerugian sebanyak RM103,517.59.

Katanya, mangsa telah membuat laporan polis dan berdasarkan siasatan awal sumber kerugian mangsa adalah daripada wang simpanan ASB dan simpanan Tabung Haji. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI