fbpx

[VIDEO] ‘Kalau Lee Kuan Yew tak seragam waktu, you tinggal seorang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video Dr. Mahathir berkongsi kisah pelaksanaan penyeragaman waktu di Malaysia.

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkongsi kisah bekas Perdana Menteri Singapura, mendiang Lee Kuan Yew yang turut menurutinya melaksanakan penyeragaman waktu bagi memudahkan urusan rakyat.

Menerusi video dimuat naik pada media sosial, beliau menjelaskan, penyeragaman waktu kepada satu jam disifatkan lebih mudah berbanding setengah jam.

“Saya terang kat dia, dunia ni bahagi masa satu jam, satu jam. Bila kita buat setengah jam, susah orang nak kira.

“Kalau kita buat satu jam, kita punya dengan Sabah sama dan ini satu jam, sama tempat lain, mudah. Bila setengah jam ni… dulu ka, kemudian ka,” katanya pada video tersebut.

Dr. Mahathir berkata, beliau memberitahu mendiang sekiranya waktu tersebut tidak diseragamkan, ia juga menyukarkan orang lain lebih-lebih ketika melakukan perjalanan ke negara lain.

“Saya kata kalau you tak ubah, (contoh) orang nak tengok masa bila travel (melancong) ke London. Yang ni mudah, dari sini ke London lapan jam genap.

“Ni kata lapan setengah jam, dah kena lebih ka… kurang ka. Saya bagitahu kat Kuan Yew, kalau you tinggal (tak seragam waktu), you seorang. (Kuan Yew) ikut,” katanya.

Video tersebut turut memetik kenyataan Dr. Mahathir menerusi buku Doktor Umum berhubung pelaksanaan penyeragaman waktu di Malaysia.

“Pada 1982, saya mansuhkan perbezaan masa antara Malaysia timur dan barat. Sebelum itu, waktu di Sabah dan Sarawak setengah jam lebih cepat daripada di Semenanjung.

“Penyeragaman waktu di timur dan Semenanjung menyemaikan ke dalam diri rakyat Malaysia bahawa mereka berada di sebuah negara yang sama.

“Kita guna pakai waktu Sabah dan Sarawak, maka mereka tidak perlu buat apa-apa perubahan. Dengan itu tidak ada alasan untuk mempercayai bahawa keperluan di Semenanjung telah dipaksakan ke atas mereka,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI