PETALING JAYA – Seorang warga emas menegur perbuatan peniaga yang membuka meja jualan di lorong laluan kenderaan sehingga menyusahkan pengguna jalan raya.
Menerusi video berdurasi 25 saat yang tular di platform X, penjual kasut itu dilihat membalas teguran warga emas tersebut sehingga menyebabkan suasana menjadi tegang.
Tidak lama kemudian, beberapa lelaki yang berada berdekatan lokasi kejadian dilihat cuba menenangkan keadaan dan meminta pemandu tersebut supaya beredar.
Walau bagaimanapun, pemandu tersebut mengatakan dia melalui lorong itu setiap hari namun tiada halangan sebelum ini.
Lokasi kejadian bagaimanapun tidak diketahui.
Hantaran video itu meraih perhatian pengguna media sosial lain dengan rata-rata mereka bersetuju bahawa tindakan peniaga tersebut adalah tidak wajar.
“Itu jalan atau tapak perniagaan? Kalau itu jalan, seharusnya ia digunakan oleh kenderaan, bukan tempat berniaga. Perlu ada penguatkuasaan daripada pihak berkenaan,” kata Me.
“Pemandu (tindakan) kereta betul. Kenapa kedai kasut ini di sepanjang jalan? Malah, tiada ruang untuk kereta,” ujar Tayyaba.
“Salah tu. Berniaga di tempat laluan kereta,” komen Rizam. – KOSMO! ONLINE
Sabor pak cik.🤔 pic.twitter.com/xbXoRpfubu
— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) October 11, 2024