fbpx

UNL: Jerman tak panik tanpa enam bintang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemain Jerman menjalani latihan untuk aksi menentang Bosnia and Herzegovina awal pagi esok. - DFB TEAM

BERLIN – Ketua jurulatih Jerman, Julian Nagelsmann enggan terlalu panik biarpun tidak dapat menggunakan enam pemain tonggak menjelang aksi Liga Negara-Negara Eropah (UNL) menentang Bosnia and Herzegovina di Stadium Bilino Polje awal pagi esok.

Skuad Die Mannschaft itu pastinya mahu kembali mendapatkan rentak kemenangan selepas sekadar mencatat keputusan seri 2-2 ketika bertemu satu lagi pasukan gergasi, Belanda pada 11 September lalu.

Biarpun tanpa kehadiran enam pemain utama, namun Nagelsmann tetap menaruh sepenuh kepercayaan terhadap kemampuan pemain sedia ada memandangkan beliau lebih percaya kepada semangat berbanding reputasi.

“Walaupun ramai pemain utama tidak dapat dipanggil pada perlawanan itu nanti, namun kami akan kekal dengan perancangan yang sudah ditetapkan. Kami sentiasa anggap setiap perlawanan sebagai persediaan ke Piala Dunia 2026.

“Pemain-pemain perlu membiasakan diri kerana situasi seperti ini akan dihadapi sehingga ke Piala Dunia nanti. Apa yang penting adalah semangat berpasukan kerana ia adalah kunci kejayaan setiap pasukan,” katanya.

Antara pemain utama yang tidak dipanggil bagi menggalas misi kali ini adalah penjaga gol Barcelona, Marc-Andre Ter Stege, Niclas Fullkrug (West Ham United), Jamal Musiala (Bayern Munich), Kai Havertz (Arsenal), David Raum (RB Leipzig) dan David Koch (Kaiserslautern).

Justeru, Nagelsmann terpaksa mengambil keputusan memanggil beberapa pemain lain, termasuk muka baharu seperti Jamie Leweling, Jonathan Burgardt dan Kevin Schade bagi mengisi kelompongan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI