fbpx

Terbuka Arctic: Aaron-Wooi Yik kandas di pusingan kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON (kanan) dan Wooi Yik terpaksa melupakan Terbuka Arctic lebih awal selepas terkandas di pusingan kedua. - AFP

KUALA LUMPUR – Kejutan terbesar berlaku pada Kejohanan Badminton Terbuka Arctic di Vantaa, Finland selepas beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tersingkir di pusingan kedua.

Pada aksi yang berlangsung di Energia Areena awal pagi tadi, bekas juara dunia itu terpaksa akur dengan kekalahan straight set 13-21, 8-21 kepada pasangan England, Ben Lane-Sean Vendy dalam tempoh 31 minit.

Keputusan itu menyaksikan Lane-Vendy mencipta kemenangan kedua ke atas Aaron-Wooi Yik dalam enam perlawanan dengan aksi terakhir pada Sukan Olimpik Paris 2024 memihak kepada pasangan negara.

Sebagai rekod, kejohanan Jelajah Dunia Super 500 itu merupakan aksi kompetitif pertama buat beregu No.4 dunia berkenaan sejak memenangi pingat gangsa Olimpik Paris Ogos lalu susulan kecederaan yang menimpa Wooi Yik.

Kecederaan retak tulang kaki dialami Wooi Yik menyebabkan mereka terpaksa melupakan beberapa kejohanan sebelum ini, termasuk Terbuka Jepun, Terbuka Korea dan Terbuka China. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI