fbpx

Tenaga pengajar madrasah tidak mengaku ‘sentuh’ budak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD ILYAAS (kanan sekali) dan Muhammad Khalid (kiri) di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual dan menganiaya kanak-kanak di sebuah madrasah di Lenggeng,Nilai di sini. Foto oleh NOR SHAFAWATI YUP/KOSMO!

SEREMBAN – Seorang bekas tenaga pengajar sebuah madrasah tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun pada 2023.

Tertuduh, Muhammad Ilyaas Jamaludin, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan amang seksual kepada kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang dilakukan di sebuah madrasah di Lenggeng, Nilai pada awal hingga akhir tahun 2023.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dihukum sebat.

Dalam pada itu, di kamar Mahkamah Sesyen berasingan, seorang pembantu pengajar di madrasah sama didakwa atas pertuduhan degan sengaja menganiaya sehingga menyebabkan kecederaan terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun di masa dan lokasi yang sama.

Muhammad Khalid Ahmar Zainal Abidin, 18, yang merupakan warga Indonesia bagaimanapun tidak mengaku bersalah selepas pertudhan dibacakan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dengan sijil lahir Indonesia telah dengan sengaja menganiaya sehingga menyebabkan kecederaan fizikal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI