PETALING JAYA- Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang bakal melanda lapan negeri petang ini.
Negeri berkenaan adalah Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak.
Menurut MetMalaysia, amaran cuaca buruk sehingga pukul 5 petang itu melibatkan seluruh kawasan Terengganu dan Putrajaya.
“Bagi Kelantan pula ia melibatkan daerah Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang,” lapor MetMalaysia di Facebook.
Selain itu, amaran cuaca buruk dengan hujan lebat berterusan diramal berlaku melibatkan Raub, Jerantut, Bentong dan Temerloh di Pahang, manakala di Selangor pula melibatkan daerah Hulu Langat dan Sepang.
“Bagi Negeri Sembilan pula, amaran diberikan di daerah Seremban dan Port Dickson, manakala di Johor pula melibatkan daerah Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
“Cuaca buruk juga melanda daerah Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei (Pakan dan Sarikei), Mukah (Tanjung Manis) dan Miri (Subis dan Miri) di Sarawak,” katanya. -KOSMO! ONLINE