fbpx

Ragut 2 wanita dalam sehari, penyamun ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita warga emas mengalami kecederaan selepas diragut dalam kejadian di tepi Jalan Limau Manis, Bangsar, Kuala Lumpur, 7 Oktober lalu.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang terbabit dengan dua kes ragut pada 7 Oktober lalu, berjaya diberkas polis di Ampang, semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihaknya menerima laporan kejadian ragut berhampiran Petronas di Pekan Brickfields, 7 Oktober lalu pada 6.15 pagi.

Beliau berkata, pada hari sama juga, pihaknya turut menerima laporan berkaitan kes ragut sekitar pukul 7.30 pagi di Jalan Limau Manis, Bangsar.

“Kejadian di Pekan Brickfields, di sini berlaku apabila mangsa didatangi individu tidak dikenali menaiki motosikal sebelum meragut mangsa. Kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami kerugian wang tunai, kad bank, dan kunci rumah.

“Kejadian di Jalan Limau Manis, di sini pula, seorang wanita warga emas berusia 78 tahun diragut sehingga mengalami kecederaan di kepala dan berada dalam keadaan separa sedar,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, suspek yang ditahan disyaki terlibat dengan kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan Seksyen 392 Akta sama.

Tambah beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkan maklumat menerusi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau Bilik Gerakan IPD Brickfields di talian 03-22979222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

7 Oktober lalu, Kosmo! melaporkan, Seorang wanita warga emas dikejarkan ke hospital selepas mengalami pendarahan di kepala akibat disamun dalam kejadian di tepi Jalan Limau Manis, Bangsar, di sini.

Ku Mashariman berkata, kejadian itu berlaku sekitar pukul 6.30 pagi namun tiada kerugian direkodkan kerana tiada barangan berharga dalam beg diragut suspek. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI