fbpx

Polis siasat dakwaan Madrafataha naiki kereta tidak dikenali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis siasat dakwaan Madrafataha naiki kereta tidak dikenali.

SHAH ALAM – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung kehilangan kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang hilang selepas mengambil makanan dari kereta ibunya di Bukit Tinggi, Klang di sini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ini termasuk dakwaan kanak-kanak itu memasuki sebuah kenderaan ketika kehilangannya.

Katanya, pasukan petugas dari daerah Klang Selatan telah dibentuk bagi mengesan mangsa sejak Selasa lalu.

“Kita siasat dakwaan itu dan kami berharap individu yang menyaksikan kejadian tersebut supaya tampil membantu siasatan,” katanya hari ini.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan kanak-kanak dikenali sebagai Madrafataha Indal Bangsawan menaiki sebuah kenderaan sebelum hilang di kawasan rumah kedai di Bandar Bukit Tinggi.

Madrafataha yang mesra dipanggil ‘baby’ dalam kalangan ahli keluarganya sempat meletakkan dua peket mi segera berperisa kari di rak barangan sebuah pasar raya berhampiran rumahnya.

Semasa hilang, kanak-kanak itu memakai baju T sukan berwarna hijau dan seluar trek hitam. Madrafataha mempunyai ketinggian 150 sentimeter, berkulit cerah dan rambut paras bahu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI