fbpx

Peruntukan RM20 juta bina R&R di LTU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD Maslan (tengah) mendengar taklimat tentang pelaksaan projek pembaikan cerun dan Jalan Persekutuan FT185 Seksyen 44.1 Jalan Simpang Pulai - Blue Valley daerah Kinta dekat Ipoh, Perak hari ini.

IPOH – Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memohon peruntukan sebanyak RM20 juta daripada Pusat bagi membina hentian rehat dan rawat (R&R) di Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama (LTU) di Pahang.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, permohonan itu akan dilakukan kerana melihat ia sebagai satu keperluan mendesak dan merupakan kehendak rakyat.

Jelasnya, cadangan pembinaan itu akan melibatkan R&R di kedua-dua belah arah dengan kemudahan asas seperti tandas, tempat solat, gerai jualan dan makanan.

“Saya yakin ada kelulusan (peruntukan). Sebab ia adalah keperluan mendesak dan kehendak rakyat,” katanya kepada pemberita semasa meninjau projek pembaikan cerun dan Jalan Persekutuan FT185 Seksyen 44.1 Jalan Simpang Pulai-Blue Valley dekat sini hari ini.

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam telah menitahkan Kerajaan Pusat melalui Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Ekonomi mempertimbangkan semula pembinaan kawasan R&R di lebuh raya tersebut.

Baginda menegaskan bahawa keperluan R&R di lebuh raya tersebut akan dapat memberi kemudahan dan keselesaan kepada pengguna sekali gus mengelak masalah pembuangan sampah serta kekotoran di pinggir jalan akibat ketiadaan kemudahan tandas.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI