fbpx

Johor diletakkan dalam kumpulan B mulai 1 Januari 2025 – KPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) akan menyenaraikan Johor sebagai kumpulan B selepas negeri itu menetapkan hari Sabtu dan Ahad sebagai cuti hujung minggu.

KPM dalam satu kenyataan berkata, perubahan itu akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2025.

“KPM mengambil perhatian pertukaran semula cuti hujung minggu di Johor kepada hari Sabtu dan Ahad mulai 1 Januari 2025 seperti dititahkan oleh Pemangku Sultan Johor, Tengku Mahkota Ismail Sultan baru-baru ini.

“Sehubungan itu, institusi pendidikan negeri Johor akan diletakkan bersama-sama dengan Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Sabah, Sarawak dan Selangor dalam Kumpulan B,” katanya hari ini.

KPM berkata, ia juga akan membabitkan perubahan kepada Kalendar Akademik Sesi 2024/2025 dan Kalendar Akademik Sesi 2025/2026.

Untuk rekod, negeri kumpulan A membabitkan sekolah di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Sebelum ini, cuti hujung minggu di Johor akan ditukar semula kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari 2025.

Tunku Mahkota Ismail dalam kenyataan di Facebook bertitah, baginda sudah menitahkan perkara tersebut kepada Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi untuk dibincangkan.

Sultan Ibrahim menukar cuti mingguan negeri Johor kepada Jumaat dan Sabtu sebelum ini sebagai penghormatan kepada hari Jumaat selaku penghulu segala hari dan pengiktirafan Agama Islam sebagai agama rasmi Johor.

Perubahan itu sebelum ini sebenarnya mengembalikan semula cuti hujung minggu asal (Jumaat-Sabtu) yang telah dilaksanakan Johor sejak sekian lama sebagai sebuah Negeri Melayu Tidak Bersekutu.

Johor hanya melaksanakan hujung minggu Sabtu dan Ahad bermula tahun 1994 apabila ia ditukar semasa pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Besar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI