fbpx

Pertama di dunia guna teknologi MonaJuventa Nu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norazimah (enam dari kiri) dan Dr. Fred (tengah) bergambar bersama ‘top leader’ Mudde.

JENAMA Haus Cosmetics (Haus) terus mengorak langkah dan melebarkan sayapnya dengan pelbagai kejayaan membanggakan.

Terbaharu, jenama bumiputera itu menerima pengiktirafan eksklusif daripada institusi berprestij di Switzerland iaitu Mibelle Biochemistry.

Pengasas dan Pengarah Haus, Norazimah Abd. Jalil berkata, pengiktirafan tersebut membolehkan syarikatnya menjadi yang pertama di dunia menggunakan teknologi MonaJuventa Nu dalam produk terbaharu mereka dikenali sebagai Haus Mudde Glo12 Beaubright Shot.

“Ini adalah satu peristiwa yang benar-benar bersejarah buat kami.

“Bukan sahaja kerana pengiktirafan itu, tetapi juga kerana kehadiran orang kuat Mibelle Biochemistry, Dr. Fred Zulli,” katanya.

Beliau merupakan seorang pakar antarabangsa dalam bidang biokimia yang secara peribadi menyerahkan anugerah tersebut kepada saya.

“Ia bukan sekadar satu penghormatan, tetapi juga pengiktirafan terhadap usaha kami untuk menghasilkan produk berkualiti tinggi dan inovatif yang mematuhi piawaian antarabangsa,” katanya.

Menurutnya, anugerah itu juga adalah perkara yang paling membanggakan dalam kerjayanya sepanjang enam tahun.

“Pengiktirafan ini memberi satu bentuk validasi kepada usaha dan kerja keras yang dilakukan selama ini.

“Ia bukan sahaja memberi penghormatan buat saya, malah kepada seluruh pasukan yang berdedikasi dan komited.

“Bukan saja diiktiraf sebagai syarikat pertama di Malaysia, malah di dunia yang menggunakan teknologi MonaJuventa Nu dalam produk.

“Ini membuktikan bahawa produk tempatan kita juga mampu bersaing dengan jenama antarabangsa,” ujarnya.

Produk Haus Mudde Glo12 telah terjual lebih daripada 30,000 unit.

Mengulas mengenai kriteria pemilihan yang ditetapkan, Norazimah mengakui, pengiktirafan itu tidak datang dengan mudah kerana perlu melalui syarat ketat.

“Pertama sekali, teknologi yang kami gunakan dalam Haus Mudde Glo12 Beaubright Shot adalah sesuatu yang sangat unik dan inovatif.

“Teknologi MonaJuventa Nu berasaskan tumbuhan yang dapat membantu masalah penuaan dengan menjadikan sel kulit lebih muda.

“Selain itu, kami juga memastikan bahawa setiap produk yang dihasilkan menepati piawaian antarabangsa dari segi kualiti dan keselamatan.

“Sebagai sebuah syarikat Muslim, kami sentiasa memastikan bahawa produk ini patuh piawaian halal. Kami tidak boleh berkompromi dalam hal ini,” ujarnya.

Menurutnya, dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang, perancangan pihaknya adalah untuk terus memperkukuhkan jenama Haus di Malaysia dan peringkat antarabangsa.

Mengenai penerimaan Mudde Glo12 selepas hampir tiga bulan dilancarkan, syarikat cukup optimis selepas berjaya menjual lebih daripada 30,000 unit.

Untuk makluman, ketika ini sedang berlangsung kempen ‘Scan & Win’ yang menawarkan hadiah bernilai RM10,000 kepada pembeli produk Haus tanpa mengira nilai pembelian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI