fbpx

Perolehan F-18 Hornet selaras dengan pemodenan ATM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled (tengah) pada Majlis Peluncuran Inisiatif ‘Perajurit Broadband’ di Auditorium Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Perolehan pesawat pejuang F-18 Hornet milik Tentera Udarat Kuwait (KAF) dibuat selaras dengan perancangan permodenan yang dirangka Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata, setiap perkhidmatan telah pun merangka perolehan dan bagi Tentera Udara Malaysia (TUDM), apa yang telah dizahirkan ialah perolehan daripada Kuwait.

“Jika dapat perolehan ini, itu telah menepati perancangan yang telah dibuat oleh TUDM. Itu sebagai satu ‘stop gap’ atau langkah sementara sebelum pembelian pesawat baharu.

“Kita kena faham iaitu untuk membeli sesebuah pesawat, mungkin mengambil masa sehingga mungkin 10 tahun, kalau kita nak tunggu nak beli yang baru, penghantaran mungkin pada 2035,” katanya ketika sidang akhbar Majlis Peluncuran Inisiatif ‘Perajurit Broadband’ di Auditorium Wisma Pertahanan, di sini hari ini.

Beliau berkata, penggunaan pesawat pejuang F-18 Hornet juga masih lagi dalam lingkungan yang wajar untuk diperolehi apabila jam penerbangan mereka adalah sekitar 2,000 hingga 3,000 jam.

“Di dalam pesawat terdapat pelbagai peralatan yang datang dari lebih satu syarikat dan perlu dipastikan sesuai dengan kemampuan negara.

“Selain itu, rundingan juga memakan masa dan sementara menunggu pesawat baru itu, negara tidak mempunyai apa-apa,” katanya.

Dalam pada itu katanya, terdapat keperluan segera untuk perolehan pesawat tersebut berikuta pesawat pejuang BaE Hawk 208/108 yang berpangkalan di TUDM Labuan, Sabah akan dinyahtauliah dalam masa terdekat.

“Kuwait sudah menempah F/A-18 Super Hornet mereka pada 2018 dan masih belum menerimanya.

“Ini menunjukkan cabaran dalam perolehan pesawat kerana ia bukan sesuatu yang mudah,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI