fbpx

Pemilik suara Doraemon meninggal dunia pada usia 90 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OYAMA (kiri) dan watak animasi kegemaran ramai, Doraemon. - AGENSI

TOKYO – Nobuyo Oyama yang merupakan pemilik suara siri anime kesukaan ramai di seluruh dunia, Doraemon meninggal dunia pada usia 90 tahun, kata agensinya hari ini seperti laporan saluran berita CNN.

Agensi 7 Actors menyatakan, Oyama meninggal dunia pada 29 September lalu kerana sakit tua.

Agensi berkenaan meminta maaf kerana lewat mengumumkan kematian Oyama.

“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kebaikan yang anda berikan kepada mendiang semasa hidupnya,” demikian menurut kenyataan 7 Actors.

Agensi sama berkata, satu majlis pengebumian tertutup diadakan untuk Oyama dan dihadiri oleh saudara-maranya.

Oyama dikenali ramai kerana meminjamkan suaranya untuk karakter kegemaran ramai dalam siri televisyen Doraemon.

Siri televisyen itu ditayangkan dari tahun 1975 hingga 2005 dan menjadi popular di peringkat global terutamanya di pasaran serantau seperti Hong Kong serta Vietnam.

Francais Doraemon termasuk berpuluh-puluh filem animasi, permainan video, album muzik dan siri komik Manga.

Penonton menyoroti kisah pengembaraan Doraemon iaitu robot kucing dari kurun ke-22 yang tiba pada zaman sekarang untuk membantu seorang budak lelaki tidak berbakat dalam semua perkara bernama Nobita.

Karakter berwarna biru dan putih itu kerap kali menyelamatkan Nobita dengan mengeluarkan gajet canggih masa hadapan dari dalam poket berbilang dimensi pada perutnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI