fbpx

Nahas UiTM Dungun: Suspek tidak pernah terima rawatan mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek (dua dari kiri) direman empat hari bagi membantu siasatan kes merempuh empat pelajar UiTM Dungun di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Wanita yang dirtahan reman berhubung kejadian kemalangan yang meragut nyawa tiga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun pada Rabu lalu tidak pernah mendapatkan rawatan mental di mana-mana fasiliti kesihatan di negeri ini.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, semakan mendapati tiada rekod rawatan kesihatan mental ditemui atas nama wanita berusia 49 tahun tersebut.

“Begitupun, kita tidak pasti sama ada wanita tersebut pernah mendapat rawatan mental di negeri-negeri lain,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan seorang suri rumah yang dipercayai mengalami kecelaruan mental direman selama empat hari sehingga esok bagi membantu siasatan selepas melanggar empat pelajar UiTM Dungun ketika memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CR-V Rabu lalu.

Nahas pada pukul 7.20 malam itu mengorbankan tiga mangsa iaitu Khairil Anwar Jamaludin, 20, Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20, dan Muhammad Akmal Md. Tukirin, 25. Seorang lagi rakan mereka iaitu Muhammad Ammar Danish Mohammad Ridhuan, 20, pula cedera parah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI