fbpx

MotoGP: Bukan kecederaan ganggu Rins

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RINS mengakui pakej jentera Yamaha ketika ini masih belum berada pada tahap terbaik untuk membantunya meraih kejayaan. - AFP

TOKYO – Pelumba pasukan Monster Energy Yamaha, Alex Rins enggan memberi alasan kemerosotan prestasinya musim ini disebabkan kecederaan kaki hingga menjejaskan keputusannya di Grand Prix (GP) Jepun apabila hanya menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-16 pada Ahad lalu.

Rins mengakui dia perlu segera mendapatkan rentak terbaik bersama Yamaha terutama merapatkan jurang prestasi bersama rakan sepasukannya, Fabio Quartararo yang mampu menunggang dengan baik biarpun jentera Jepun itu tidak berada dalam pakej lengkap.

Pada perlumbaan di Motegi, Quartararo mengakhiri perlumbaan di kedudukan ke-12 ketika Yamaha masih berdepan isu yang sama terutama cengkaman tayar dan tayar belakang sering terangkat ketika cuba membrek pada kelajuan tinggi.

“Kami semua mengalami masalah yang sama, cengkaman tayar rendah, tayar belakang sering terangkat. Mungkin Fabio (Quartararo) mempunyai lebih banyak cengkaman di bahagian belakang ketika membrek.

“Mungkin ketika ini pelarasan yang Quartararo gunakan berbeza dan dia juga sudah lama menggunakan motosikal yang sama dalam perlumbaan ini,” kata Rins.

Rins turut mengakui bahawa mereka perlu mencari penyelesaian segera untuk meningkatkan prestasinya dalam baki perlumbaan musim ini.

“Saya tak mahu cari alasan, Fabio (Quartararo) memang lebih laju daripada saya. Jadi, kami perlu cari sesuatu untuk memperbaiki keadaan ini,” tambahnya.

Sebagai rekod, Rins yang membuat penampilan pertama bersama Yamaha musim ini hanya sekali berjaya menembus kelompok sembilan terbaik sewaktu di Grand Prix (GP) Aragon dan kini mengumpul 20 mata keseluruhan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI