fbpx

Mana nak cari RM220,000?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORFARAHAIN menunjukkan rekod perubatan dan buku rawatannya ketika ditemui di kediamannya di Taman Pelangi, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Seorang suri rumah, Norfarahain Abd. Ma­nap, 35, buntu untuk mengumpul RM220,000 bagi mendapatkan bekalan ubat melawan sel tumor.

Norfarahain yang menghidap kanser paru-paru tahap dua sejak 2022 berkata, keadaan tubuhnya semakin lemah selain kerap sesak nafas setelah terputus bekalan ubat iaitu suntikan pembrolizumab kira-kira dua bulan lalu.

Katanya, kesan tidak mengambil ubat berkenaan menyebabkan sel kanser berisiko tinggi merebak ke organ lain.

Tambahnya, dia juga terpaksa menangguhkan pemeriksaan Imbasan Tomografi Pancaran Positron (PET Scan) di hospital swasta kerana faktor kewangan.

“Kami tidak memiliki harta, rumah yang kami tinggal ini juga disediakan majikan suami kerana bersimpati dengan keadaan saya kerana tidak sesuai tinggal di kuarters.

“Mahu kumpul RM2,000 untuk menjalani PET Scan pun tak mampu, inikan pula untuk mendapatkan bekalan ubat lawan sel tumor bernilai RM220,0000,” katanya.

Norfarahain berkata, buat masa ini, dia menjalani kemote­rapi kitaran keempat di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini selain mendapatkan suntikan bagi meningkatkan sel darah putih.

Walaupun perit ujian yang dilalui, katanya, dia perlu kuat semangat untuk anak-anaknya selain berdoa semoga rawatannya untuk melawan kanser lancar.

“Saya kuatkan semangat demi anak-anak kerana memikirkan masa depan mereka, mereka amat memerlukan didikan ibu.

“Saya juga bersyukur kerana suami sangat mengambil berat berkaitan kesihatan saya walaupun tidak mampu memberi penjagaan sepenuhnya kerana tuntutan kerja sebagai anggota tentera,” ujarnya.

Menurutnya, sebelum ini dia memperoleh sebahagian bekalan perubatan yang diperlukan, hasil sumbangan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dan Kementerian Pertahanan (MINDEF).

“Sebelum ini, hanya sesekali menggunakan mesin oksigen namun kini hampir setiap petang dan malam saya terpaksa bergantung kepada mesin oksigen kerana kerap sesak nafas.

“Pendapatan suami hanyalah kira-kira RM2,000 dan perlu menanggung persekolahan anak serta kos pembelian ubat lain termasuk ubat cairkan darah, susu khas disyorkan doktor selain vitamin,” jelasnya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank miliknya, 162786154316 atau hubunginya di talian 011-6139 9736.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI