fbpx

Malaysia sambut baik cadangan pelaburan AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar bertemu Blinken pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta Sidang Kemuncak Berkaitan di Pusat Konvensyen Nasional Vientiane. - Foto Facebook Anwar Ibrahim

PETALING JAYA – Malaysia menyambut baik cadangan pelaburan terkini yang berjumlah dolar Amerika Syarikat (AS) 14.7 bilion daripada gergasi teknologi AS, termasuk Google, Microsoft, Enovix Corporation, Amazon Web Services, Abbott Laboratories dan Boeing.

Perkara tersebut dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu pertemuan bersama Setiausaha Negara AS, Anthony Blinken, semalam.

Anwar berkata, beliau mengetuai delegasi Malaysia dalam pertemuan dengan Blinken dan delegasinya di sela-sela kepadatan jadual hari kedua Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta Sidang Kemuncak Berkaitan.

“Pertemuan lebih 40 minit ini digunakan bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang menyentuh kepentingan Malaysia dan AS.

“Saya tekankan kepentingan AS sebagai antara rakan dagangan utama Malaysia sejak sekian lama, dengan pelaburan-pelaburan syarikat AS antara penyumbang utama menjadikan negara ini muncul sebagai pusat pelaburan bagi sektor teknologi tinggi di rantau ini,” katanya pada hantaran Facebook hari ini.

Beliau berkata, Malaysia turut menyatakan penghargaan atas peranan penting AS membabitkan Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) 2735 terkait usul gencatan senjata dalam konflik Palestin-Israel.

“Pada masa sama, saya turut menggesa AS menggunakan pengaruhnya untuk memastikan resolusi ini segera dilaksanakan dan dipatuhi oleh Israel,” tegasnya.

Ujarnya, mengakhiri hari kedua semalam, beliau bersama delegasi Malaysia memenuhi jemputan Kerajaan Lao PDR selaku Pengerusi ASEAN untuk menghadiri agenda ke-13 iaitu Makan Malam Gala.

“Kami dipertontonkan dengan persembahan kebudayaan dan dendangan nyanyian yang begitu merdu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI