fbpx

[VIDEO] Lori tangki terbalik tutup semua lorong di Lebuh Raya KL-Karak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KESEMUA lorong di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) menghala Gombak terhalang akibat kemalangan sebuah treler, petang tadi.

GOMBAK – Sebuah treler dipercayai membawa muatan cecair disyaki minyak terbabas sebelum terbalik di Kilometer 27.8 di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK), di sini hari ini.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam hantaran di media sosial memaklumkan kejadian itu berlaku pada pukul 5.18 petang.

Katanya, kemalangan itu menyebabkan keseluruhan lorong menghala ke ibu kota terhalang.

“Terdapat kemalangan treler di Kilometer 27.8 arah Kuala Lumpur (Gombak). Trafik sesak 2.6 kilometer dari kilometer 30.4 hingga ke lokasi kemalangan.

“Sila tangguhkan perjalanan anda dan berhenti kawasan hentian rawat dan rehat Genting Sempah,” katanya dalam hantaran tersebut.

Tambahnya, kesemua pengguna jalan raya diminta memandu dengan berhati-hati dan patuhi arahan petugas di lokasi.-KOSMO! ONLINE.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI