fbpx

Liverpool cemas Real Madrid agresif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALEXANDER-ARNOLD dilapor masih belum menandatangani kontrak baharu di Anfield sekali gus memberi ruang buat Real untuk mengintai peluang. - AFP

LONDON – Real Madrid dilaporkan semakin serius untuk mendapatkan bintang pertahanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold dalam usaha untuk memperkukuhkan skuad pertahanan mereka yang kini dilanda krisis kecederaan.

Pasukan kendalian Carlo Ancelotti sedang menghadapi masalah besar di posisi bek kanan selepas pemain utama mereka, Dani Carvajal terpaksa diketepikan sehingga hujung musim ini akibat kecederaan anterior cruciat ligament (ACL).

Situasi itu membuatkan gergasi Sepanyol itu mempercepatkan usaha mereka untuk membawa masuk Alexander-Arnold, pemain yang dilihat sebagai penyelesaian terbaik bagi menampung kekurangan di posisi tersebut.

Namun, Liverpool jelas tidak akan melepaskan bintang pertahanan mereka dengan mudah selepas pemain berusia 25 tahun itu masih menjadi tonggak utama di bawah pengurusan baharu Arne Slot setakat ini.

Kontrak Alexander-Arnold di Anfield akan tamat pada musim panas tahun depan sekali gus memberi ruang kepada Real untuk mencuba membuat tawaran lebih awal pada jendela perpindahan Januari.

Meskipun Liverpool dilaporkan cuba memujuknya untuk memperbaharui kontrak, Real kekal optimis untuk membawa pemain tersebut ke Santiago Bernabéu, terutamanya jika rundingan kontrak baharu gagal dicapai.

Jika Alexander-Arnold masih belum melanjutkan kontraknya sebelum Januari, dia berpeluang untuk berunding dengan kelab lain dan menandatangani pra-kontrak yang membolehkan perpindahan percuma pada musim panas depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI