fbpx

Lelaki Nepal didakwa jerut, heret kucing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chaudhary ketika hadir di Mahkamah Sesyen Shah Alam dengan ditemani pegawai DVS.

SHAH ALAM – Seorang lelaki warga Nepal yang sebelum ini dikenakan waran tangkap dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan mengheret seekor kucing menggunakan motosikal pada bulan lalu.

Dipak Chaudhary, 44, selaku Orang Kena Saman (OKS) bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Rasyihah Ghazali.

Chaudhary sebelum dikenakan waran tangkap selepas tidak hadir pada prosiding pertuduhan yang dilaksanakan pada 2 Oktober lalu.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu bersama-sama rakannya, Monotosh, 41, yang telah dituduh sebelum ini telah dengan kejam mengheret kucing dengan alat penjerut sambil menunggang motosikal SYM di kawasan perumahan Long Branch Residence, Seksyen 31, di sini antara pukul 2 hingga 2.15 petang, 7 September lalu.

Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) , Mohd. Sharif Sabran tidak menawarkan sebarang jaminan susulan OKS tidak tidak mempunyai ahli keluarga di negara ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang pekerja pembersihan warga Bangladesh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan mengheret seekor kucing menggunakan motosikal pada bulan lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI