fbpx

Lebih 10 tiang elektrik tumbang kerana sebuah kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH kereta melanggar tiang elektrik di Bangkok, Ahad lalu. - Foto The Pattaya News

BANGKOK – Sebuah kereta merempuh sebatang tiang elektrik yang mengakibatkan lebih 10 lagi turut tumbang di Bangkok, Ahad lalu, lapor The Pattaya News. 

Pihak berkuasa tempatan kemudian bertindak memutuskan sementara bekalan elektrik di kawasan itu. 

Pemandu itu, yang hanya dikenali sebagai Asan, 28, dilaporkan mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke hospital oleh pasukan penyelamat, kata polis.

Penyiasat-penyiasat forensik memeriksa kereta itu di Balai Polis Sutthisan dan menemui 25 pil methamphetamine, sejumlah kecil kristal methamphetamine, sepucuk pistol 11 milimeter, dan apa yang kelihatan seperti sebotol jus ketum.

Ujian air kencing Asan positif dadah, demikian menurut polis.

Senjata itu yang didaftarkan di wilayah Sing Buri, sedang disiasat kerana Asan dilaporkan menafikan menjadi pemiliknya. 

Kereta itu yang didakwanya dipinjam daripada seorang rakan, juga sedang disiasat. – AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI