fbpx

Lawatan Agong perkukuh hubungan Diraja Malaysia-Brunei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim (kanan) bersama Sultan Hassanal Bolkiah. FACEBOOK SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengadakan lawatan ke Brunei mulai 13 hingga 15 Oktober ini sekali gus memperkukuh hubungan Diraja Malaysia dan Negara Zikir itu yang terjalin sejak 40 tahun lalu.

Istana Negara dalam kenyataan berkata, lawatan Seri Paduka Baginda yang diiringi Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah memartabatkan lagi rumpun, budaya serta Kesultanan Melayu.

Berangkat sama, mengiringi Seri Paduka Baginda berdua, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.

Hubungan akrab Malaysia dan Brunei terserlah apabila Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah dan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berangkat ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-17, Julai lalu.

“Bersempena lawatan ini, Seri Paduka Baginda dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dijadual berangkat ke Majlis Sambutan Negara, Majlis Mengadap dan Majlis Santapan Diraja di Istana Nurul Iman.

“Seri Paduka Baginda berdua turut dijadualkan berangkat ke Majlis Santapan Minum Petang bersama rakyat Malaysia di Brunei,” katanya hari ini.

Sementara itu, bagi hari kedua, Raja Permaisuri Agong dijadualkan berangkat melawat Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).

Untuk rekod, Brunei merupakan negara ketiga dikunjungi Seri Paduka Baginda untuk lawatan negara selepas Singapura dan China sejak menaiki taktha sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 pada 31 Januari lalu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI