fbpx

KoolFM mahu ‘gaji’ bekas pekerja TikTok dibuang kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – “Mesej kepada bekas pekerja TikTok, kami mahukan anda!”

Itu tawaran kerja yang dibuat oleh sebuah stesen radio tempatan, KoolFM kepada para pekerja TikTok Malaysia yang diberhentikan, baru-baru ini.

KoolFM menerusi hantarannya di media sosial turut memaklumkan bahawa pihak pengurusan sedang menunggu ‘resume’ mereka.

“Kami mendengar kesusahan anda apabila diberhentikan tiba-tiba. Sebagai jenama media kreatif, kami ingin menawarkan pekerjaan kepada anda kerana kami mahukan anda.

“Anda berpeluang menjadi penyampai radio, penyampai berita, penerbit kandungan media sosial, penerbit kandungan, pemasaran dan banyak lagi,” kata kenyataan itu.

Hantaran berkenaan bukan sahaja meraih pujian orang ramai, malah ada juga yang bukan daripada golongan berkenaan mahu ‘mencuba nasib’.

“Kalau bukan pekerja tiktok boleh mohon tak?,” soal @dayanazahid.

“Saya pandai komen dekat Instagram. Ada kerja kosong tak?,” komen @latipbogiba.

“Saya pun nak juga. Saya kelakar dan pandai buat siaran langsung tau,” ujar seorang lagi pengguna.

Terdahulu media melaporkan, platform media sosial TikTok memberhentikan ratusan pekerja termasuk sebilangan besar kakitangan di Malaysia.

Langkah itu menurut syarikat berkenaan, diambil bagi mengalihkan tumpuan ke arah penggunaan kecerdasan buatan (AI) yang lebih meluas dalam penyederhanaan kandungan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI