fbpx

Kerajaan Pusat perlu pertimbang semula pembinaan R&R di LTU – Sultan Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SULTAN Pahang, Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

KUANTAN – Sultan Pahang, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar kerajaan pusat melalui Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Ekonomi mempertimbangkan semula pembinaan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama (LTU).

Seri Paduka bertitah, keputusan untuk tidak melaksanakan salah satu komponen penting dalam projek lebuh raya itu dilihat akan menyukarkan usaha penyelesaian beberapa isu berkaitan antaranya keperluan asas orang ramai yang menggunakan lebuh raya berkenaan.

Baginda menegaskan bahawa keperluan R&R di lebuh raya tersebut akan dapat memberi kemudahan dan keselesaan kepada pengguna sekaligus mengelak masalah pembuangan sampah serta kekotoran di pinggir jalan akibat ketiadaan kemudahan tandas.

Justeru baginda berharap agar pihak berkaitan dapat memberi pertimbangan sewajarnya untuk meneruskan pembinaan infrastruktur tersebut bagi kepentingan orang ramai terutamanya ketika musim perayaan dan cuti sekolah.

Sebelum ini, kerajaan negeri Pahang telah membuat permohonan agar R&R dapat dibina di LTU (dalam daerah Bentong) bagi memberi kemudahan kepada pengguna.

Namun projek tersebut tidak diteruskan dengan alasan kos pembinaan R&R terbabit mencecah dua kali ganda daripada anggaran kos asal walaupun ia berada dalam skop projek dan hanya penyediaan platform dan infrastruktur sahaja yang dilaksanakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI