fbpx

Kerajaan cari jalan selesai masalah projek tebatan banjir di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadillah semasa berucap pada Majlis Penyerahan Projek Siap Hospital Bachok di Hospital Bachok, Bachok hari ini. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/KOSMO!

BACHOK – Kerajaan akan mencari jalan bagi menyelesaikan masalah berkaitan projek tebatan banjir di Kelantan yang ketika ini masih dalam fasa pembinaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pihaknya akan menyelesaikan masalah tersebut agar projek tersebut disiapkan mengikut perancangan.

“Kelantan sering berdepan masalah banjir semasa musim tengkujuh. Salah satu fokus kerajaan di Kelantan adalag projek tebatan banjir yang ketika ini mempunyai masalah.

“Justeru, saya akan turun sekali lagi ke Kelantan selepas inibuntuk mencari jalan penyelesaian agar projek tersebut dapat disiapkan mengikut perancangan,” katanya semasa berucap pada Majlis Penyerahan Projek Siap Hospital Bachok di Hospital Bachok di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Fadillah memberitahu, kerajaan ketika ini mahu menyelesaikan masalah melibatkan kontraktor dalam projek tersebut.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, satu lagi projek dibawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) iaitu Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai Fasa 2b akan bermula bulan depan.

Menurutnya, beliau berharap projek tersebut dapat disiapkan dengan segera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI