fbpx

[VIDEO] Kecoh mat salih cantik ‘terpacak’ tengah jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar wanita mat salih yang tular selepas video memaparkan dirinya dimuat naik di aplikasi TikTok.

PETALING JAYA – Seorang wanita dipercayai warga asing mengundang perhatian pengguna jalan raya apabila berdiri di tengah laluan jalan raya sehingga menyebabkan beberapa kenderaan terpaksa berhenti.

Kejadian itu dikatakan berlaku di Setia Alam, Shah Alam.

Insiden itu menimbulkan suasana kecoh sehingga video mengenainya tular dalam media sosial.

Pengguna TikTok 2idkloveanymore yang memuat naik hantaran video itu memaklumkan wanita mat salih itu bukan sahaja menghalang lalu lintas, malah menendang kenderaan yang melalui lokasi tersebut.

Warga asing itu yang memakai baju T hitam berdiri di tengah jalan sehingga menghalang sebuah kereta jenis Perodua berwarna biru meneruskan perjalanan.

Tindakan wanita itu sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen.

“Kenapa dengan dia? Nampak sihat je. Masalah apa agaknya,” tanya Furrypillow.

Seorang lagi pengguna media sosial berkongsi pernah berdepan pengalaman sama.

“Kami pun kena! Kenapa eh dia buat macam tu?” soal Miya.

Difahamkan, wanita tersebut bagaimanapun diselamatkan oleh orang awam yang berada di tempat kejadian, namun tidak diketahui punca dia berbuat demikian. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI