fbpx

Kebakaran empat kilang tidak menyebabkan pencemaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kebakaran yang berlaku pukul 11.30 pagi semalam, empat kilang terbakar hingga menyebabkan tiga lelaki warganegara Bangladesh dipercayai pekerja kilang melecur 30 peratus.

ISKANDAR PUTERI – Kebakaran empat kilang di kawasan Perindustrian SILC, Gelang Patah, di sini semalam tidak menyebabkan berlakunya pencemaran udara.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon berkata, ini berdasarkan siasatan pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor di lokasi kejadian dan penilaian ujian kualiti udara mendapati tiada kesan pencemaran.

Katanya, ini sekali gus menafikan dakwaan tular dalam media sosial yang mendakwa berlakunya pencemaran bau dan terhidu bahan kimia berpunca daripada kebakaran kilang itu.

“Sebaik kebakaran berjaya dikawal, pihak JAS Johor telah menjalankan ujian di tapak kebakaran serta di kawasan berdekatan di Taman Bukit Indah, di sini kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian.

“Ujian kualiti udara yang dijalankan tidak menunjukkan sebarang pencemaran kimia di udara,” katanya selepas melawat lokasi kejadian kebakaran di kawasan Perindustrian SILC, Gelang Patah, semalam.

Dalam kejadian pada pukul 11.30 pagi, empat kilang terbabit terbakar hingga menyebabkan tiga lelaki warganegara Bangladesh dipercayai pekerja kilang melecur 30 peratus.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI