fbpx

‘Kantoi’ culik diri sendiri, minta keluarga wang tebusan RM70,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WANITA berusia 55 tahun dibawa ke Mahkamah Melaka hari ini untuk permohonan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan.

MELAKA – Seorang wanita bertindak memalsukan kejadian culik melibatkan dirinya dan meminta wang tebusan sebanyak RM70,000 daripada keluarga gara-gara terdesak ingin membayar hutang kepada 10 along.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pengadu yang merupakan anak wanita terbabit berusia 22 tahun telah membuat laporan polis memaklumkan ibunya telah diculik ketika keluar membayar bil telefon di sebuah pasar raya di Peringgit, kira-kira pukul 11.15 pagi semalam.

Katanya, pengadu ketika itu berada di dalam kereta keluar mencari ibunya selepas menunggu selama 1 jam 30 minit sebelum menerima pesanan ringkas kononnya daripada penculik yang meminta wang tebusan RM70,000 atau mangsa akan dibunuh.

“Hasil siasatan, wanita berusia 55 tahun itu berjaya dikesan dan ditemui di sebuah surau di stesen minyak Jalan Sulaiman, Muar Johor pada pukul 3.30 pagi tadi.

“Dia mengakui tidak diculik, sebaliknya memalsukan kejadian itu termasuk menghantar sendiri mesej peras ugut kepada anaknya kerana terdesak ingin membayar hutang 10 along berjumlah RM15,000 yang dipinjamnya,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Tambahnya, wanita terbabit juga memberitahu dia telah menaiki bas dari Melaka Sentral untuk ke Muar dan menginap di surau berkenaan kerana ketiadaan wang, selain bagi menyembunyikan diri daripada ahli keluarganya.

“Ahli keluarga tidak mengetahui dia ada membuat pinjaman daripada along, termasuk suaminya.

“Suspek menjalankan perniagaan sebuah restoran bersama-sama ahli keluarganya dan mendakwa selain untuk membayar hutang along, dia juga ingin menggunakan wang tebusan tersebut bagi membayar gaji pekerja mereka yang tertunggak,” ujarnya.

Christopher berkata, suspek dibawa ke Mahkamah Melaka untuk dibenarkan permohonan reman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI