fbpx

Ibu anak empat didakwa songlap duit servis kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH diiringi anggota polis ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka. Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI/KOSMO!

MELAKA – Seorang ibu empat anak didakwa di dua Mahkamah Sesyen berasingan di sini, hari ini atas 12 pertuduhan pecah amanah membabitkan wang tunai berjumlah RM9,038.40 pada September tahun lepas.

Tertuduh, Norazlina Abu Bakar, 39, mengaku tidak bersalah sejurus 12 pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Azaraorni Abd. Rahman dan Rohatul Akmar Abdullah.

Berdasarkan kesemua kertas pertuduhan, tertuduh sebagai juruwang bagi Syarikat Tahap Puncak Sdn. Bhd. dan diamanahkan dengan wang hasil perkhidmatan baik pulih dan servis kereta pelanggan milik syarikat berkenaan telah melakukan pecah amanah terhadap harta tersebut iaitu wang tunai berjumlah RM9,038.40.

Kesalahan itu dilakukan di premis Tahap Puncak Sdn. Bhd., No.19, Pusat Perniagaan Bukit Katil dalam daerah Melaka tengah antara 1 dan 13 September 2023.

Hakim Azaraorni dan Rohatul Akmar membenarkan jumlah jaminan sebanyak RM14,000 terhadap tertuduh beserta syarat tambahan dipohon pendakwaan dan menetapkan tarikh 6 November depan untuk sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI