fbpx

EPL: Ten Hag mungkin terus kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEN HAG mungkin akan terus diberikan kepercayaan untuk mengemudi United biarpun prestasi pasukan sangat teruk. - FB MANCHESTER UNITED

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag dilihat memiliki peluang besar untuk kekal sebagai pengendali pasukan itu, malah beliau juga masih percaya mampu mengubah nasib mereka.

Ten Hag berdepan tekanan tinggi ketika ini apabila United berada di kedudukan ke-14 selepas mengutip lapan mata dalam tujuh perlawanan, malah pihak pengurusan tertinggi kelab itu mengadakan mesyuarat selama tujuh jam Selasa lalu untuk membincangkan mengenai nasibnya.

Pengendali laman sosial The United Stand’s, Sam C mendedahkan bahawa Ten Hag berkemungkinan besar terus diberi kepercayaan dan mengemudi pasukan itu bertemu Brentford selepas cuti rehat aksi antarabangsa nanti.

“Ada sumber yang memberitahu saya, Erik Ten Hag dijangka terus kekal sebagai pengurus Manchester United. Beliau sedar bahawa apa yang berlaku di kelab tidak mencapai standard yang sepatutnya dan sumber yang rapat percaya Ten Hag mampu mengubahnya.

“Urusan di United akan berlangsung seperti biasa dan Ten Hag dijangka kekal untuk mengendalikan pasukan itu dalam persiapan bertemu Brentford,” katanya.

Sementara itu, legenda United, Wayne Rooney mengakui Ten Hag masih seorang pengurus yang hebat, namun para pemain juga bertanggungjawab meningkatkan prestasi masing-masing untuk mengubah nasib buruk yang dialami pasukan itu.

“Saya yakin Ten Hag masih seorang pengurus yang hebat. Dia memenangi trofi di semua kelab yang beliau berkhidmat, termasuk di Manchester United. Benar, beliau sedang melalui tempoh yang sukar ketika ini.

“Saya tahu Ten Hag sudah melakukan segala-galanya untuk memastikan pasukan ini meningkat. Sekali lagi saya beritahu, pemain yang perlu melakukannya dengan lebih baik,” jelasnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI