fbpx

Dua lelaki dicekup baru lepas seludup kerbau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor kerbau seludup berada di dalam sebuah lori yang ditahan di pangkalan haram Pak Ali, Pasir Mas semalam. FOTO IHSAN PGA

PASIR MAS – Dua lelaki tidak sempat menghantar seekor kerbau yang baru diseludup dari Thailand dengan menyeberangi Sungai Golok selepas mereka dicekup di pangkalan haram Pak Ali di sini semalam.

Kedua-dua lelaki berusia 28 dan 42 tahun itu ditahan kira-kira pukul 1.30 pagi semasa anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) menjalankan Op Wawasan Kelantan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand .

Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, anggota PGA melihat sebuah sebuah lori jenis Isuzu berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan tersebut semasa menjalankan tugasan sebelum menahan untuk pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan ke atas lori itu kemudian menjumpai seekor kerbau yang berada di bahagian belakang kenderaan tersebut.

“Haiwan itu didapati tiada dokumen sah. Kedua-dua suspek dipercayai menjadi penghantar kerbau seludup itu ke pasaran tempatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, nilai rampasan kerbau dan lori yang digunakan kedua-dua suspek dianggarkan berjumlah RM9,750.

Menurutnya, hasil rampasan diserahkan kepada kompeni taktikal (Komtak) PGA, Jeram Perdah di sini untuk tindakan lanjut dan kes disiasat dibawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI