fbpx

Kurung anak 6 tahun, bayi 13 bulan dua hari dalam rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

AMPANG – Seorang tukang urut wanita ditahan selepas dipercayai mengabai dan mengurung dua anak lelakinya di sebuah rumah di Taman Kosas, di sini baru-baru ini.

Difahamkan, kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dan bayi 13 bulan itu dikurung selama dua hari oleh ibu mereka ketika diselamatkan dalam operasi pada 7 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada lelaki tempatan berusia 39 tahun.

“Menurut pengadu, dua anak kecil itu terkurung dalam rumah kerana ibu mereka sudah lama tidak pulang. Mereka diselamatkan oleh polis pada 7 Oktober sebelum dibawa ke Hospital Ampang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan mendapati ada kesan parut lama dan baharu di seluruh badan dan dua beradik tersebut masih menerima rawatan di hospital berkenaan.

Susulan laporan itu, polis menangkap ibu mereka berusia 41 tahun di Pudu, Kuala Lumpur pada 9 Oktober lepas.

“Semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah. Perintah reman ke atas wanita tempatan itu diperoleh selama tujuh hari sehingga 16 Oktober ini,” jelasnya.

Tambahnya, motif kejadian masih belum dikenal pasti dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)/ 33 Akta Kanak-kanak 2001 kerana melakukan penderaan dan pengabaian terhadap kanak-kanak. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI