fbpx

Anwar ketuai delegasi pertemuan Malaysia-Luxembourg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar mengetuai delegasi Malaysia dalam pertemuan dua hala bersama delegasi Luxembourg yang diketuai Timbalan Perdana Menteri, Xavier Bettel. – Foto FACEBOOK ANWAR IBRAHIM

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai delegasi Malaysia dalam pertemuan dua hala bersama delegasi Luxembourg yang diketuai Timbalan Perdana Menteri, Xavier Bettel.

Menurut Anwar, perbincangan mereka menyentuh pelbagai perkara terkait kepentingan kedua-dua negara, di samping bertukar pandangan mengenai usaha memperkukuh hubungan Malaysia-Luxembourg.

“Saya turut zahirkan ucapan tahniah kepada Luxembourg atas pemeteraian Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama (TAC) oleh negara itu ketika Sidang Kemuncak ini yang menjadi langkah penting untuk mengukuhkan hubungan Luxembourg dengan negara-negara ASEAN.

“Alhamdulillah, pertemuan ini juga menyaksikan kesepakatan Malaysia dan Luxembourg juga sepakat untuk mempertingkat kerjasama dalam aspek perdagangan, pelaburan, teknologi kewangan, perbankan, perubatan dan aeroangkasa,” tulisnya di hantaran Facebook hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI