fbpx

Aina Abdul angkut peminat naik bas ke ABP36

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aina yang menggayakan kebaya sentuhan pereka tempatan, Amaze berwarna perak muncul dengan sebuah bas tertulis Imaji yang juga judul sebuah lagunya. - Foto AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Selepas lori, tahun ini penyanyi popular Aina Abdul tetap muncul berbeza apabila memilih untuk menaiki sebuah bas ke malam kemuncak Anugerah Bintang Popular ke-36 (ABP36) di sini, hari ini.

Aina yang menggayakan kebaya sentuhan pereka tempatan, Amaze berwarna perak muncul dengan sebuah bas tertulis Imaji yang juga judul sebuah lagunya.

Bas tersebut turut dinaiki sekitar 30 orang peminat setianya yang dikenali Ainations.

“Bas Imaji, lambang kepada konsert jelajah Imaji. Hari ini saya hadir sebagai diri saya, Aina Abdul.

“Bas ini adalah simbolik kepada peminat saya,” katanya ketika tiba di Dewan Auditorium MBSA di sini, hari ini.

Tahun ini, Aina tercalon bagi kategori penyanyi wanita popular yang turut bersaing dengan Ernie Zakri, Adira Suhaimi, Stacy dan Siti Nordiana.

Mengimbau semula, Aina pada tahun lalu membuat kejutan menaiki sebuah lori lutsinar ke malam kemuncakp ABP35 yang berlangsung di Istana Budaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI