fbpx

9 pelajar terima tajaan program biasiswa pendidikan Malaysia Airports

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara pelajar yang menerima tajaan biasiswa daripada Malaysia Airports. Foto Ihsan Malaysia Airports.

SEPANG – Malaysia Airports menaja seramai Sembilan pelajar untuk melanjutkan pengajian tinggi dalam bidang masing-masing di bawah Program Biasiswa Pendidikan (ESP) 2024.

Tajaan berkenaan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat kumpulan secara berterusan yang kini berjaya menaja 54 pelajar cemerlang secara keseluruhannya sejak penubuhannya pada 2010.

Pengarah Urusan Malaysia Airports, Datuk Mohd. Izani Ghani berkata, lebih menarik, seramai 22 bekas pelajar tajaan itu kini menjadi sebahagian daripada organisasi ini sekali gus menyumbang kepada bidang utama seperti kejuruteraan, operasi, kewangan, teknologi maklumat dan modal insan.

Beliau berkata, visi jangka panjang ESP adalah satu komitmen syarikat untuk membentuk pemimpin dan innovator pada masa depan.

“Melalui program ini bukan sahaja menawarkan sokongan kewangan, malah satu pelaburan terhadap individu muda yang berpotensi untuk memacu transformasi dan kemajuan bagi syarikat dan negara amnya.

“Matlamat kami adalah untuk melengkapkan mereka dengan pengetahuan, kemahiran dan minda yang diperlukan untuk cemerlang dalam bidang pilihan mereka,” katanya ketika majlis penganugerahan biasiswa itu di sini semalam.

Menurut beliau, pada tahun ini, Malaysia Airports menerima 432 permohonan pelajar daripada pelbagai institusi dan bidang untuk biasiswa ini.

Bagaimanapun, selepas proses pemilihan yang ketat, seramai 63 calon disenarai pendek berdasarkan pencapaian akademik semasa mereka dan sembilan pelajar terpilih selepas melepasi aktiviti penilaian dan sesi temuduga.

“Melalui program biasiswa ini, para penerima mendapat sokongan menyeluruh meliputi yuran pendaftaran dan pengajian, elaun sara hidup, buku dan pembiayaan untuk tesis dan kertas projek.

“Selain itu, mereka turut menerima komputer riba masing-masing untuk memudahkan pengajian dan meningkatkan pengalaman pembelajaran mereka,” ujarnya.

Para penerima juga berpeluang menjalani latihan industry di Malaysia Airports termasuk melaksanakan tugasan di organisasi ini untuk meningkatkan pemikiran kritis, kerja berpasukan, dan kepimpinan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI