fbpx

4 pelajar tahfiz Ittifaqiyah hilang sejak Isnin ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat pelajar tahfiz yang dilaporkan hilang Isnin lalu.

KUALA LUMPUR – Empat pelajar tahfiz yang hilang sejak Isnin lalu selepas keluar dari Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Datuk Keramat, di sini sudah ditemui tengah malam tadi.

Bapa mangsa, Rashidi Othman, 53 berkata, penemuan empat kanak-kanak termasuk anaknya di kawasan Bangi, Selangor dimaklumkan kepadanya kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi.

Katanya, empat kanak-kanak tersebut dipercayai keluar dari pusat tahfiz tersebut untuk berdikari dan mencari wang.

“Pihak polis beritahu saya mereka sudah dijumpai. Mereka berkemungkinan berniaga semasa hilang, sebab emak saya ada berikan wang RM80 kepada anak mungkin dia mahu cari lebih banyak dana.

“Ketika ditemui, mereka dalam keadaan ‘berketayap’ lagi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Rashidi, dia masih berjumpa anaknya dan masih menunggu arahan selanjutnya daripada pihak polis.

Kosmo! semalam melaporkan, Polis Wangsa Maju mengesahkan menerima laporan berhubung kehilangan empat pelajar tahfiz. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI