SHAH ALAM – Kerja keras pelakon Aedy Ashraf selama 24 tahun akhirnya terbayar apabila berjaya menggenggam trofi Aktor Filem Popular pada Malam Kemuncak Anugerah Bintang Popular ke-36 (ABP36) di sini, hari ini.
Aedy yang terkejut dengan kemenangan tersebut menitipkan ucapan terima kasih kepada para peminat yang mengundinya sehingga berjaya membawa pulang trofi tersebut.
“Syukur dengan anugerah ini, terima kasih kepada peminat yang sokong
“Selama 24 tahun dalam industri, terima kasih ABP,” katanya.
Dalam kategori sama, Aedy mengalahkan pemenang trotfi Anugerah Bintang Paling Popular ke-35 iaitu Bell Ngasri, Pekin Ibrahim, Kamal Adli dan Syafiq Kyle. – KOSMO! ONLINE