fbpx

154 projek fasiliti kesihatan siap bermula RMK-9 hingga RMK-12

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadillah (dua dari kanan) semasa melawat fasiliti di Hospital Bachok pada Majlis Penyerahan Projek Siap Hospital Bachok di Hospital Bachok hari ini. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/KOSMO!

BACHOK – Kerajaan melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) telah menyiapkan sebanyak 154 projek fasiliti kesihatan dengan kos RM 14.69 bilion bermula Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9) hingga Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, jumlah itu melibatkan 111 projek di bawah RMK-9 sehingga RMK-11 manakala 43 projek lagi berada di dalam RMK-12 Rolling Plan 1 (RP1) sehingga RP4.

Menurutnya, pecahan kos berdasarkan status pelaksanaan merangkumi Fasa Pra Pembinaan (Perancangan) dengan 38 projek dengan anggaran kos RM 2.33 bilion.

“Sebanyak 64 projek dengan kos RM8.4 bilion bagi Fasa Projek Dalam Pembinaan dan 52 projek bernilai RM 3.96 bilion pada Fasa Pasca Pembinaan (Siap).

“Sebanyak 13 buah Projek Fasiliti Kesihatan awam telah berjaya disiapkan pada tahun ini iaitu Hospital Seri Manjung, Perak, Hospital Kajang (Selangor), Hospital Banting (Selangor), Hospital Tawau (Sabah), Hospital Dungun (Terengganu), Hospital Miri (Sarawak), Hospital Baling (Kedah) dan Hospital Bachok (Kelantan),” katanya semasa berucap pada Majlis Penyerahan Projek Siap Hospital Bachok di Hospital Bachok di sini hari ini.

Memgulas lanjut, Fadillah memberitahu, bagi Kelantan khususnya, sebanyak 21 projek telah dan sedang dilaksanakan oleh JKR dalam tempoh RMK-10 sehingga RMK-12.

Menurutnya, ia melibatkan dua projek peringkat perancangan, enam projek dalam peringkat pembinaan dan 13 buah projek telah berjaya diserah merangkumi dua buah hospital iaitu Hospital Kuala Krai dan Hospital Tanah Merah.

“Hari ini, kita menyerahkan satu lagi projek
kerajaan untuk dimanfaatkan oleh rakyat Kelantan iaitu Hospital Bachok,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI