fbpx

10 kontena bantuan milik rakyat Malaysia berjaya tembusi Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kontena membawa barangan keperluan di bawah Misi Bantuan Kemanusiaan Kecemasan 100 Kontena Malaysia selamat tiba di Gaza baru-baru ini.

PUTRAJAYA – Selepas enam bulan menunggu, 10 daripada 100 buah kontena di bawah Misi Bantuan Kemanusiaan Kecemasan 100 Kontena Malaysia Dari Kaherah Ke Gaza akhirnya berjaya memasuki bumi Gaza, bulan lalu.

Ketibaan 10 buah kontena di Gaza itu menjadikan ia bantuan kemanusiaan pertama milik rakyat Malaysia yang berjaya menembusi bumi Gaza sejak serangan Israel pada 7 Oktober 2023.

Lebih manis, bantuan berisi tepung gandum, kotak bantuan, yis, ubat-ubatan dan kit penjagaan diri sudah pun tiba di tangan penduduk Gaza malah, gandum yang diterima juga sudah di adun menjadi roti untuk dimakan.

Perkara itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Dr Sani Araby yang juga Ketua misi bantuan itu.

Sani berkata, dua buah kontena berjaya di bawa awal bulan lalu malah, lapan lagi di bawa masuk Jumaat lalu menerusi Rafah dan Karem Al-Shalom.

“Alhamdulillah, amanah yang besar dari rakyat Malaysia telah berjaya masuk ke bumi Gaza selepas melalui tempoh yang saya kira sangat mendebarkan.

“Hampir tiga bulan lamanya kita menantikan kelulusan untuk berjaya masuk dan kita agak teruja dan sangat-sangat bersyukur. Saya kira ini adalah doa daripda seluruh rakyat Malaysia.

“Kita telah pun menerima laporan, gambar, video dan sebagainya bahawa bantuan itu telah pun diterima dan dinikmati penduduk Gaza,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran dan Pelepasan Jelajah Peduli Ummah: Sejahtera Insan Al-Falah anjuran Mapim di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI