fbpx

1 maut, 12 pelancong terperangkap dalam lombong emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lombong Emas Mollie Kathleen merupakan destinasi pelancongan popular yang terletak berhampiran Cripple Creek, Colorado. - Getty Images

WASHINGTON – Sekurang-kurangnya seorang terbunuh, manakala 12 lagi terperangkap di dalam sebuah lombong emas di negeri Colorado akibat kerosakan peralatan,  lapor agensi berita rasmi Xinhua semalam. 

Kejadian berlaku di Lombong Emas Mollie Kathleen, Cripple Creek yang kini merupakan pusat tarikan pelancongan.

Menurut Pejabat Sheriff Teler County, mangsa-mangsa terperangkap adalah sebahagian daripada kumpulan pelancong yang membuat lawatan di lombong tersebut. 

Sheriff Teller County, Jason Mikesell mengesahkan bahawa seorang individu terkorban manakala 12 yang lain masih terperangkap di dalam terowong lombong tersebut.

“11 orang termasuk dua kanak-kanak berjaya diselamatkan dan kesemua mangsa yang terperangkap berada dalam keadaan selamat.

“Pasukan penyelamat sedang giat berusaha membawa mereka keluar,” kata Mikesell. 

Beberapa agensi termasuk pasukan mencari dan menyelamat yang dilengkapi dengan peralatan berat, turut dikerahkan untuk membantu. 

Gabenor Colorado, Jared Polis berkata, kerajaan negeri sedang bekerjasama dengan pihak Teller County untuk menyediakan bantuan dan sumber bagi operasi menyelamat.

“Kami akan melakukan apa sahaja yang perlu untuk membantu menyelesaikan situasi ini dengan segera dan selamat,” kata Polis.

Lombong terbabit merupakan destinasi pelancongan popular yang terletak berhampiran Cripple Creek, Colorado. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI